Aku Cinta Kamu - Puisi Oleh Anne Ai Ling
Teristimewa Jua Buat Insan Yg Kucinta Sepenuh Nyawa, Sehabis Daya, Sepenghujung Kata. Dia Yg Selama Ini Menjadi Nyawa, Dunia, Cahaya Dan Hidupku. Dialah Ayah. Dialah Ibu. Dialah Kekasih. Dialah Sang Arjuna Cinta Yg Kucinta Hingga Ke Hujung Nyawa.
Ketahuilah,
Aku amat-amat mencintaimu,
Walau sejauh mana kau kini,
Entah juga di mana,
Apa jua khabarmu di sana,
Kau tetap ada di sini,
Di setiap detak jantung ini,
Kerinduanku masih juga menggunung kepadamu,
Betapa kau adalah insan yang membawa segala makna kehidupan bagiku,
Kalaulah kau ketahui hakikatnya,
Aku rela mati untuk tidak kehilanganmu,
Aku jua rela berkorban seribu daya,
Andai itu membawa kau kembali bersama denganku,
Kalaulah juga hikmat itu wujud,
Sakti itu nyata,
Mahu kusihirkan masa,
Agar ia kembali dan terhenti pada saat kau dan aku masih bersama,
Tidakkan aku biar walau sedetik jarum masa bergerak,
Melewati saat-saat bahagia kita,
Biar seribu tahun,
Biar berjuta,
Aku masih mahu ia terhenti,
Biar jua hanya untuk kita berdua,
Agar tiada petualang cinta,
Yang selama ini memisahkan kau dan aku,
Kaulah segalanya,
Ingin kukatakan kau nyawaku,
Pun masih kau jauh lebih utama dari itu,
Jika kubandingkan kau dengan setiap denyut nadiku,
Kau pasti setiap zarah darah yang mengalir di setiap pelusuk tubuhku,
Dari jantung,
Membawa ke setiap urat,
Membawa ke setiap cebis dagingku,
Membawa ke seluruh hidup,
jiwa dan rohku,
Aku cinta kepadamu,
Kerna kau sebati denganku,
Aku cinta kamu,
Sehingga aku hilang kata-kata untuk kugambarkan segala-galanya di dunia ini,
Sesungguhnya,
Cintaku Maha Hebat dan Agung buatmu,
MOHAMAD NAZIR HAMID
Nice New Blog!
sip. Ok banget