Album Kenangan NAZLIN ABADI Dari 11/02/2008 - Selamanya~!!


Atom Entertainment (formerly AtomShockwave)

JanaWangRapid.com

Sepintas Lalu Kehidupan Anne Di Twitter - TweetSnap!


Anneailing

Aku Rindu Kamu, Aku Benci Kamu


Aku rasa mcm bodoh sebenarnya. Dan aku tak tahu sama ada aku perlu sayang atau benci dia. Memang sebenarnya dia banyak melukakan dan menyakiti aku. Tapi dalam masa yg sama bila aku ingat balik semua kenangan kami, aku jadi sayu.Pertama aku kenali dia, Mohd Nazir Hamid semasa aku kehilangan hampir segala-gala yg ada di dalam hidup aku. Dalam masa yg sama pada masa aku putus tunang, abah aku jatuh sakit dan menghidap Alzheimer kerana tekanan, dan mama aku terpaksa dipotong kaki akibat kencing manis (dan doktor cakap kerana tekanan). Dan pada masa tu la aku kenal dia.Sungguh, pada masa tu, dia banyak memberikan aku semangat. Dialah satu-satunya tempat luahan hati aku yg sedih dan lemah pada masa tu. Aku terpaksa tangguh belajar untuk menjaga abah & mama dalam pada masa yg sama. Siapa yg tak sedih kalau hanya sendiri menjalankan tanggungjawab? Aku terasa lemah sangat2 pada masa tu. Dan dialah sinar semangat aku.

Kali pertama aku jatuh hati pada lelaki ini ialah apabila dia sanggup datang pada saat tiada sesiapapun sanggup hantar abah ke hospital. Dia datang bukan dari dekat, tapi jauh. Dia datang dari Lumut, Perak. Sebaik sahaja dia habis kursus pada pukul 2 petang, dia menghala ke rumahku di Pantai Dalam. Dia datang ke sini semata2 untuk menghantar abah ke hospital. Sedangkan anak-anak abah yg lain, yg semuanya pakai kereta2 besar (BMW, Merc & Perdana) buat tak tahu. Dia yg menemani aku dari petang sehinggalah pukul 3 pagi di HUKM.

Sedangkan, itulah kali pertama aku menemui dia. Dan dia jugalah yg melayan karenah abah aku yg menghidap Alzheimer walaupun dia baru mengenali aku pada masa itu. Dia yg mengelap air mata aku di depan Emergency HUKM apabila aku menangis kerana doktor mahu masukkan abah ke wad psikiatrik. Aku menolak dan dia menyokong. Nazir bagitau aku yg dia akan tolong aku jaga abah. Dia usap kepala aku dan pujuk aku supaya jangan menangis.


Selepas itu, kali kedua aku berjumpa dia pada masa aku menangis kerana karenah adik beradik tiriku. Aku dicerca & dimaki kakak tiriku sendiri. Dan Nazir yg datang dari Lumut walaupun bekerja utk sekadar memberiku semangat. Dan kerana itulah, aku cintakan dia.

Banyak yg dia sakiti aku, dan banyak yg dia lakukan utk aku. Sampai sekarang aku tak tahu, apakah aku perlu membenci dia atau mencintai dia. Aku tak mahu ingat yg sakit dan terluka. Aku dah puas menangis. Tetapi mengingati kenangan2 indah kamipun cukup utk menghiris hati aku.

Siapa yg mampu membuat aku ketawa seperti Nazir? Siapa yg sanggup mengorbankan segala masa dan tenaga untuk aku seperti dia? Dia ada pada setiapkali aku menangis dan lemah. DIa yg memujuk aku. Dia yg memberiku semangat. Dia yg menjadi kekuatan bg aku.

Siapa yg pernah memanjat tingkap bangunan tingkat 10 sekadar utk membuat kejutan bagi aku? Utk buat aku ketawa dan ceria?

Siapa juga yg sanggup menyanyi utk aku semata2 nak melihat aku tak berendam air mata?

Siapa yg sanggup masakkan utk aku kerana nak tengok aku makan?

Siapa yg sanggup berkongsi segala kedukaan aku dan peluk aku tiapkali aku menangis dan menangis kerana melihat segala masalah dan kisah hidup aku?

Siapa yg boleh menyanyi, ketawa dan menjadi badut sekadar utk buat aku ceria walaupun dia sendiri letih dan tak bermaya?

Siapa yg sanggup jaga aku semasa aku sakit dan tak ada siapa2?

Siapa yg sanggup basuh baju aku bila aku sakit dan turut segala kemahuan aku?

Siapa yg sanggup tengok kereta waja naik divider semata2 mahu aku pandai memandu kereta dan langsung tak marah? Sanggup memujuk aku agar aku tak menangis dan terkejut?

Siapa yg sanggup aku panggil dia Oink Oink dan aku design gambar dia bercantum dgn gambar haiwan tu?

Siapa lagi yg akan panggil aku Penguin, kutuk aku kaki pendek dan jalan tergedek2?

Siapa lagi yg akan cari apa saja yg aku nak makan semasa aku sakit?

Siapa yg sanggup urut kaki aku yg terseliuh dan sapu ubat pada luka aku?

Siapa yg sanggup gosok tudung aku setiapkali aku terlewat?

Siapa yg sanggup tunggu aku berjam2 dan tak tidur kerana aku?

Siapa lagi yg akan cium dahi aku, pipi aku dan tangan aku sebelum dia akan ke tempat kerja?

Siapa lagi akan mempunyai minat yg sama dgn aku? Makan ais krim RM1 depan Giant Manjung, Billion Manjung & McDonald?

Siapa lagi yg sanggup tunggu aku online internet sehinggakan dia tertidur dan terhangguk2 di restoran mamak Lumut tu?

Siapa lagi yg akan bawa aku naik motor bersama2 dan menyanyi2 riang utk aku tengah2 malam?

Siapa yg sanggup menghabiskan 24 jam masa dia bersama aku walaupun sesibuk mana?

Terlalu banyak utk aku kenang dan ingat. Terlalu banyak utk aku hargai sehinggakan aku merasakan sebahagian di dalam diri aku telah hilang. Dia adalah sebahagian daripada hidup aku. Semacam sudah menjadi nyawa dan semangat aku. Kehilangan dia seolah sama dengan kehilangan separuh dari diri aku.

Takkan ada sesiapapun yg sama seperti dia. Takkan ada yg sama seperti Mohd Nazir Hamid. Takkan ada yg sama seperti Mohd Nazir bin Hamid @ Oink Oink @ Nazir Iskandar. Dia hanya satu dalam sejuta. Aku mencintai dia. Sampai mati, itu yg aku janjikan. Insya Allah, takkan mungkin ada mana-mana lelaki yg dapat menghilangkan ingatan aku tentang Mohd Nazir Hamid. Dia satu-satunya yg akan aku cinta sehingga ke akhir nafasku.

Abang, ayang tetap cintakan abang. Doa ayang masih ada nama abang. Sujud terakhir ayang masih mendoakan kesejahteraan utk abang. Walaupun mustahil, jauh di dalam sudut hati ayang mengharapkan abang utk kembali mencintai ayang seperti dulu.

Ayang dah tak ganggu abang, dah tak call dan SMS abang. Bukan sebab ayang berhenti mencintai abang, tetapi sebab ayang sakit dan terluka utk melihat betapa antara kita dah tidak seperti dulu dan ada jarak yang memisahkan. Ayang rindukan abang. Ayang rindu senyuman, gelak tawa, lawak dan tingkah laku abang. Sesaatpun ayang tak pernah buang abang dari hati ayang. Sampai mati, ayang janji akan tetap mencintai abang. Walaupun abang mungkin dah melupakan ayang.

Ayang doakan moga abang bahagia bersama orang yg abang cinta sekarang ini. Ayang tak pernah membenci abang. Cuma kesakitan dan kelukaan yg abang hadiahkan utk ayang terlalu perit utk ayang hadapi. Ayang takkan mampu berhenti dari mencintai abang. Sesungguhnya cinta Ailing pada Nazir takkan pernah mati.

NAZLIN ada di hati ayang. NAZLIN hidup di ingatan ayang. NAZLIN sentiasa wujud dalam diri ayang selagi mana jantung ayang berdetak.

ABANG, SELAMANYA, HINGGA KE AKHIR NYAWA, HINGGA KE HUJUNG DUNIA, SAMPAI KE AKHIRAT JUA, CINTA AYANG TETAP BUAT ABANG...


Komentar :

ada 0 ulasan ke “Aku Rindu Kamu, Aku Benci Kamu”

Catat Ulasan


Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian

McAfee, Inc

SecondSpin.com

Kamu Suka Web Blog Nazlin? Sumbangkan Sedikit Tip Untuk Web Blog Ini


Cari Info Di Seluruh Web Atau Halaman Ini


Custom Search

Tulisan Terbaru Dari Nazlin

Kamu Ada Cinta Tidak Terluah? Luahkan Saja Pada Dunia Agar Dunia Memberitahu Dia!



Copyright  © 2008/2009 | Kisah Kasih Ini | Especially Designed As A Rememberance To The Love Between
LK PBS Mohd Nazir bin Hamid & Miss N. N. Ailing binti N. Mustapha
  © Blogger template Brooklyn by Ourblogtemplates.com 2008 | Page Protected From Plagiarism By: CopyScape  ©


Back to TOP