Album Kenangan NAZLIN ABADI Dari 11/02/2008 - Selamanya~!!


Atom Entertainment (formerly AtomShockwave)

JanaWangRapid.com

Sepintas Lalu Kehidupan Anne Di Twitter - TweetSnap!


Anneailing

NAZLIN Itu ABADI...


Di sini terciptanya suatu kisah kasih antara kita. Kuabadikan jua ia di sini, agar suatu masa nanti, jika takdir menghilangkan kau dari aku, dan kamu kehilangan akan diriku; di sini tercatatnya kisah kita untuk kita kenang - untuk kita simpan, kita baca dan jika masih mampu, kau dan aku akan tersenyum mengingati saat-saat indah kita berdua. Dan jika tidak, kau dan aku akan tahu - kita sebenarnya masih mengingati antara satu sama lain; dan sebenarnya kau dan aku masih setia menyimpan kenangan itu bersama-sama di hati walau jauh sudah bergeraknya waktu. Jangan pernah ditangisi...

Ya, jangan sesekali kau dan aku menangisi akan kehendak takdir; jika satu masa nanti, kau dan aku kehilangan jalan tuju yang sama, atau kita tercapah kepada dua kehidupan yang berbeda. Ketahuilah, kau sentiasa wujud di hati ini, walau sesaat kau tidak pernah dan tidak akan mati. Telah kunobatkan kau sebagai yang pertama, kutakhtakan jua kau sebagai yang selamanya merajai hatiku.


Laksana Sonnet 18, puisi karangan si William Shakespeare - selamanya itu kau "immortal" dan abadi. Sepertimana yang pernah kau gabungkan namamu dan namaku menjadi satu - Nazlin - dan kaumahu ia abadi - lalu kaujadikan ia Nazlin Abadi.

Kau dan aku dipertemukan di dalam satu takdir. Kau dan aku; telah penat mengharungi pelbagai liku dan cabaran, pelbagai duri dan ranjau berbisa, untuk akhirnya kau menyedari yang aku tulus dan ikhlas mencintai kamu. Dan jika benar, mungkin kini kaupun tahu, yang kau juga tulus mencintai aku. Kerna sebenarnya, antara kita, perasaan cinta itu sudah melangkaui batas-batas bersifat fana sahaja - material, fizikal dan sebagainya - cinta kau dan aku melangkaui kesemua itu. Cinta kau berbumbungkan satu - keikhlasan.


Komentar :

ada 0 ulasan ke “NAZLIN Itu ABADI...”

Catat Ulasan


Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian

McAfee, Inc

SecondSpin.com

Kamu Suka Web Blog Nazlin? Sumbangkan Sedikit Tip Untuk Web Blog Ini


Cari Info Di Seluruh Web Atau Halaman Ini


Custom Search

Tulisan Terbaru Dari Nazlin

Kamu Ada Cinta Tidak Terluah? Luahkan Saja Pada Dunia Agar Dunia Memberitahu Dia!



Copyright  © 2008/2009 | Kisah Kasih Ini | Especially Designed As A Rememberance To The Love Between
LK PBS Mohd Nazir bin Hamid & Miss N. N. Ailing binti N. Mustapha
  © Blogger template Brooklyn by Ourblogtemplates.com 2008 | Page Protected From Plagiarism By: CopyScape  ©


Back to TOP